Thursday, November 2, 2017

Pengedar Shaklee Sabah dan seluruh Malaysia

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia.

Saya perkenalkan diri sebagai anak jati Beaufort yang membesar di kampung Laba,Kota Klias. Saya adalah seorang pengedar Shaklee Beaufort yang aktif semenjak tahun 2014. 

Sesiapa yang ingin bertanya mengenai prodak Shaklee boleh saja contact saya di

  • Facebook : Dyg Norzawanah
  • Page Fb    : Simply Wana Vitamin e-shop
  • Whatsapp : 016 815 5559
  • Instagrem : Wana Laba
Kelebihan saya ialah menyediakan Ready Stok prodak Shaklee untuk memudahkan pelanggan mendapatkan prodak dengan cepat. Lebih-lebih lagi dikawasan sekitar jejahan saya iaitu 
  • Beaufort
  • Membakut
  • Kuala Penyu
  • Sipitang
  • Papar
  • Kinarut
  • Lokkawie Height
  • Putatan
  • Sekitar Kota Kinabalu
Semua kawasan diatas saya boleh tolong COD secara Percuma/Berbayar bergantung dengan jarak sesuatu tempat.

Seperti dikawasan Kota Kinabalu saya ada pembantu yang selalu tolong saya beli stok dan hantar oder sebab dia punya office di Putatan iaitu suami tercinta. Suami saya dalam seminggu memang akan turun Kk dan hampir setiap hari. Lepas habis kerja bolehlah tolong hantar oder kamu tu.

Bagi kawasan diluar jejahan seperti Tawau, Tenom, Kudat, Ranau, Tuaran, Labuan dan Semenanjung pula saya akan menggunakan beberapa cara penghantaran seperti
  1. Pos Laju
  2. Bas/teksi
  3. Runner
  4. Gdx (selalunya pembelian melalui Online)
Caj penghantaran selalunya bergantung dengan kawasan dan berat kuantiti belian kamu tu la kan. Belakang boleh cerita...hahaha

Sangat senang berurusan dengan saya sebab saya tinggal dikawasan perumahan Taman Foh Sang di sekitar pekan daerah Beaufort ni. Naik kereta beberapa minit ja sampai Pejabat Pos dan terminal bas/teksi, nanti senang la hantar oder kamu tu. Lagipun saya ni SuriRumah so senang la atur bila-bila masa boleh keluar berurusan.

Konsultasi secara percuma dan semestinya yang terbaik akan saya berikan kepada sesiapa sahaja yang berurusan untuk menyelesaikan masalah kesihatan dengan prodak Shaklee. InsyaAllah..

Terima Kasih kerana memilih khidmat daripada saya.

Saturday, March 25, 2017

Tempat Menarik untuk dilawati di Lok Kawi Wildlife Park Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sempena cuti sekolah kali ni,kami sekeluarga berpakat dan bercadang untuk pergi melawat taman haiwan di Zoo Lok Kawi bersama-sama dengan keluarga besar sebelah suami. Lebih ramai adalah lebih meriah dengan gelagat anak masing-masing. Disamping boleh mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin, maklumlah masing-masing punya keluarga dan kometmen masing-masing walaupun ada yang tinggal berdekatan.


Lok Kawi Wildlife Park ni terletak di Sabah dan dikawasan kinarut jalan lama orang sini cakap. Kalau mahu tahu lebih detail boleh tengok map ni atau google la.


Masing-masing bersemangat bangun awal pagi terutamanaya anak-anak sebab tidak mahu terlepas pertunjukkan yang telah disediakan di Zoo tu nanti. Pertunjukkan haiwan tu akan bermula pada jam 11 pagi dan kami mesti bertolak awal dalam jam 8 pagi dari pekan Beaufort kerana maklumlah cuti sekolah kemungkinan ramai pengunjung dan kami tidak mahu terlepas pertunjukkan selain meredah jalan yang sesak.

Ternyata bukan kami sahaja yang tiba awal disana. Sudah diagak ramai pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara. Syukurlah kami tiba tepat pada waktunya. Sempat la mengabadikan kenangan semasa pertunjukkan haiwan tu. Memang best dan ini antara gambar yang terpilih dan sempat diabadikan tu.




Bukan sahaja haiwan yang ada disana tetapi juga flora dan fauna ada disediakan buat tatapan pengunjung kesana. Memang berbaloi dan puas hati bila berkunjung kesana.

Harga tiket pun memang berpatutan. Disini ada saya sediakan gambar buat rujukkan semua.


Mungkin kurang jelas digambar, saya akan tulis semula untuk memudahkan semua.

Warganegara              - Kanak2 (Rm5)
                                     - Dewasa (Rm10)
Bukan Malaysian       - Kanak2 (Rm10)
                                     - Dewasa (Rm20)
Orang kurang upaya - Free

Jika tidak sempat bersarapan dan tidak membawa bekal makanan kesana jangan risau sebab disana ada gerai makanan yang menjual makanan basah dan kering. Oleh kerana kami membawa ramai rakyat adalah lebih selamat membawa bekal makanan sendiri,jimat sikit. Hehe

Kalau kamu bercadang kesana mambawa anak kecil saya sarankan bawa la kerusi roda baby tu sebab jarak perjalanan keseluruhan zoo tu memakan masa yang berjam-jam la juga bergantung kepada stamina masing-masing. Sediakan juga payung sebab cuaca sekarang tidak menentu sekejap panas sekejap hujan. Dengan adanya kelengkapan ni bolehlah menikmati pemandangan dan suasana didalam dengan tenang dan selesa. Topi juga perlu bagi anak-anak untuk mengelak dari panas.


Terdapat 2 cara  kalau mahu meronda didalam zoo ni.

  • Pertama- Jalan kaki(free)
  • Kedua- Naik kereta ronda yang disediakan(bayar) 

Ada lagi satu hal yang paling penting dan sensetif sekali dan wajib ada iaitu tandas. Jangan risau sebab memang ada disediakan diluar dan didalam. Maklumlah kalau bawa anak ni mesti macam-macam ragam ada kan. Nasib la haiwan-haiwan disana tidak pandai pakai tu tandas,kalau tidak mesti terkejut beruk jawabnya. Hahaha

Sekiranya kita sudah masuk tapi mahu keluar sekejap pergi makan atau ada hal perlu diurus pun boleh juga selepas selesai urusan boleh lah sambung balik aktiviti meronda tu. Tiket tu pun memang dibayar untuk 1hari kita disana katanya.

Jika berkesempatan disebelah petang akan ada seisi memberi makan kepada haiwan dan bolehlah melihat cara mereka diberi makan dan semestinya pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Akhir sekali ingin saya memberi sedikit nasihat dan pesanan la kan. Kalau kamu ada bawa barang-barang masuk ke dalam contoh payung tolong jaga dan ingat sebab kalau tertinggal didalam tu susah dapat balik. Bukan sebab hilang atau tidak boleh masuk balik tapi sebab malas sudah masuk balik cari tu payung,penat tu jauh berjalan.  Ni berdasarkan pengalaman sendiri juga, sudah seronok-seronok kan lupa segala-galanya.

Disini saya sajikan gambar-gambar menarik yang ada disana dan binatang apa yang ada dan sempat dicapture. Kecuali flora dan fauna tu tidak sempat masuk sebab anak-anak sudah kepenatan. Next time la jawapnya.







Maaf la jika info disini tidak lengkap boleh terus google ke Lok Kawi Wildlife Park. Tujuan saya menulis ni adalah untuk memberitahu tempat-tempat yang menarik boleh dikunjungi terutamanya musim cuti sekolah ni.

Selamat bercuti semua..



Wednesday, March 15, 2017

gastrik selepas melahirkan anak sembuh

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Gastrik atau pedih ulu hati seringkali dikaitkan dengan perut kosong sebab tidak makan atau lewat makan. Tetapi ada juga yang mengalami masalah ini walaupun sudah makan. Ini kerana secara umumnya gastrik terbahagi kepada 2 iaitu Gastritis (keradangan  lapisan mukosa yang melapisi dinding perut) yang selalu berlaku apabila perut kosong dan Ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk daripada gastritis) yang berlaku walaupun selepas makan.






Apa itu Gastrik?
Gastrik adalah sejenis penyakit dan sakit yang dialami dibahagian perut kerana dinding perut telah terhakis disebabkan oleh gas hidroklorik yang dihasilkan secara semulajadi oleh perut. Ianya berlaku apabila kandungan asid hidroklorik di dalam perut tidak setabil semasa proses pencernaan. Rembesan asid yang tinggi akan melemahkan lapisan pelindung@ mukosa. Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan ulser dimana kesan asid hidroklorik akan sampai kepada sel dan menyebabkan keredangan.








Biasanya simptom yang selalu terjadi apabila gastrik yang kita tahu ialah sakit di bahagian perut kan. Jom kita lihat tanda-tanda yang lain lagi.

Apakah tanda-tanda lain gastrik?


  • - Rasa senak, berangin dan kembung.
  • - Sendawa berulang kali
  • - Kerap kentut selepas makan
  • - Rasa mual@loya dan muntah
  • - Berat badan turun(peringkat kronik)
  • - Hilang selera makan
  • - Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah(peringkat kronik)


Setiap masalah pasti ada puncanya,begitu juga dengan gastrik ni. Puncanya mestilah daripada pemakanan kita dan juga gaya hidup yang kurang berkualiti. Gas yang sepatutnya digunakan untuk pencernaan makanan dekat perut telah tertolak naik keatas melalui esopagus. Ketahanan kulit perut dengan kulit dekat saluran esofagus kita ni lain. So,kulit perut yang tebal tu biasanya memang tahan denngan asid ni tetapi tidak pada kulit dekat esopagus. Dia tidak tahan asid tu,sebab tu rasa terbakar,panas,perit dan sakit.

Antara punca penyakit gastrik adalah:

  1.  Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal
  2. Tekanan /Stress
  3. Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangka masa yang panjang.
  4. Jangkitan bakteria sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii
  5. Merokok
  6. Makanan yang pedas dan masam
  7. Makanan bergoreng dan terlalu berminyak
  8. Minuman berkafein seperti teh dan kopi
  9. Pengambilan minuman beralkohol
  10. Pengambilan ubat tradisional yang telah dicampur dangan steroid.

Makanan yang menyebabkan gastrik





Saya juga pernah mengalami situasi seperti ini setelah saya melahirkan anak dan sekarang saya mempunyai 4 orang cahaya mata. Sehingga satu tahap yang saya sendiri tidak dapat menahan kesakitan, anak dibiarkan menangis kerana mahukan susu ibu. Peritnya hanya yang mengalami sahaja yang tahu. Masa tu masih dalam pantang lagi dan saya dijaga oleh nenek, masa ni belum kenal Shaklee lagi. Biasalah kalau orang tua-tua kan banyak petua, oleh kerana kesihan melihat keadaan saya nenek pun membuat satu ramuan daripada belacan(kalau tak tahu google) lalu disapu dibahagian yang sakit dan diurut la. Hemmm bau dia harum semerbak satu badan cuba kamu bayangkan, nasib la saya ni cucu yang baik so layankan saja la. Sampai macam tu sekali tragesnya u allsss. Begitu la ceritanya sampai sekarang saya ingat dan Alhamdulillah saya ditemukan dengan Shaklee oleh sahabat saya merangkap upline saya didalam biz Shaklee.

Bagaimana suppliment Shaklee ni dapat memulihkan penyakit gastrik ni?

Ni pengalaman saya sendiri, masa ni tujuan saya beli prodak Shaklee bukan kerana gastrik tetapi kerana ingin berpantang secara semulajadi disebabkan masa anak pertama saya tidak sesuai makan jamu. Alhamdulillah serasi dengan saya dan saya tidak mengalami gastrik yang teruk seperti dulu. Lebih-lebih lagi anak kedua saya ni kembar, penyusuan susu ibu tu lebih kerap dan akan membuatkan rasa lapar cepat. Tetapi memang saya tidak mengalami gastrik pun. Rupa-rupanya didalam set berpantang tu sebahagiannya ada termasuk prodak set gastrik terutamanya yang paling saya suka iaitu Esp(Energising Soy Protein)non-Gmo.

Inilah set gastrik yang saya maksudkan tadi. Lihat dibawah..

                                     


Peppermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus memang dirumus khas untuk membuang angin dalam badan. Kalau anda rasa anda dah mula loya atau nak makan makanan yang berangin. Elok ambil peppermint ginger plus ini dahulu sebelum mengambil sebarang makanan.

ESP

Kalau ada gastrik atau luka2 dalam perut tu ESP paling wajib anda ambil. Ini kerana ESP akan membantu membiaki luka dan sel – sel dalam perut anda. Jika dibiarkan luka tersebut boleh menjadi ulser dan lebih menakutkan lagi ia boleh merebak menjadi kanser pula.

Ostematrix

Ostematrix pula akan membantu menutralkan asid yang penuh dalam perut anda. Selain itu, Ostematrix juga melancarkan pembuangan najis dan mengelakkan sembelit.
Bila asid dah kurang, luka dah baik, setiap hari ke toilet. Barulah kita ceria dan seronok nak lakukan aktiviti harian.

Dianatara testimoni-testemoni yang telah berjaya dengan menggunakan prodak Shaklee.

Testimoni #1


Testimoni #2

Semua ini adalah testemoni yang telah berjaya mengatasi masalah gastrik mereka.
Dengan hanya mengamalkan Esp sahaja pun sudah memadai. Bergantung kepada penerimaan diri masing-masing juga. 

Berminat dengan set gastrik ni dan tidak mahu lagi bergantung hidup dengan ubat-ubatan yang akan memberi kesan sampingan kepada tubuh badan kita. 

Hubungi saya Wana untuk keterangan lebih lagi mengenai prodak.. 
www.wasap.my/60168155559


Monday, November 21, 2016

Viral Ice Cream House Cafe

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia.

Zaman sekarang ni semua pun viral. Apa-apa pun boleh bah yang penting benda tu boleh menarik minat orang untuk diviralkan. Cuma kadang-kadang apa yang diviralkan tu ada yang positif dan negetifnya. Apa yang penting viral yang saya maksudkan ni ialah viral yang positif la. Viral pasal makanan yang fenomena di daerah kami ni Beaufort,Sabah. Mungkin di tempat lain biasa-biasa saja tapi di tempat kami ni ianya jarang-jarang ada.

                                         

Dipendekkan cerita hari tu perjalanan yang tidak dirancang bawa kawan baik ni makan di Ice Cream House Cafe  ni yang entah ke berapa kalinya kami ke sana,lama juga la sudah tidak pergi sana. Kawan ni belum pernah pergi lagi,ni la kali pertama.


                       


 Apa yang best tentang tempat ni dia dikawasan kampung dan rumah dijadikan tempat makan. Pada awalnya mereka hanya menjual aiskrim buatan sendiri. Disebabkan sambutan yang banyak mereka cuba memberi sedikit kelainan dengan menambah kelapa pada aiskrim tersebut. Apabila permintaan semakin bertambah mereka pun menjual beberapa jenis makanan dan minuman yang lain bagi memenuhi kehendak pelanggan mereka seperti ini.

                              

Senang saja jumpa ni tempat di Kampung Kukut,Beaufort,Sabah. Ikut saja jalan menuju ke Kuala Penyu tu yang kalau mahu naik fery untuk ke labuan tu. Tapi tu jauh sangat, kalau dari pekan Beaufort tidak jauh pun cuma ambil masa 15 minit saja pun. Jangan takut sesat la sebab diaorang ada buat papan tanda untuk ke sana. Boleh la ikut tanda arah yang disediakan tu nanti macam dalam gambar ni.

.                                                   


Ini ialah antara menu yang kami makan hari tu,ada banyak lagi sebenarnya. Yang paling best kita tidak perlulagi jalan jauh-jauh semua pun ada disana. Tidak kira yang tua mahupun yang muda semuanya pasti suka terutamanya anak-anak la. Menu lain tu seperti burger,air green tea ziplock,kek,Abc,Soto,Nasi Ayam,goreng-goreng pun ada dan banyak lagi la. Memang berbaloi la kalau datang sana,harga pun memang berpatutan.

                                    

Selain makan-makan mereka juga ada menyediakan satu permainan untuk pengunjung dan boleh main secara percuma. Ini salah satu pembaharuan yang mereka lakukan sebab dulu memang tiada pun mainan ni iaitu dart. Difahamkan pengunjung lebih ramai diwaktu malam jadi sambil makan boleh la lepak-lepak main dart terutamanya pemuda dan belia-belia di kampung tu. Pelancong pun ramai yang berkunjung kesana untuk merasa aiskim kelapa.


Demikian la cerita kami jalan-jalan cari makan di Ice Cream Cafe kampung Kukut,Beaufort,Sabah. Silalah berkunjung kesana sama ada dekat atau jauh dan dari mana sahaja. Apa yang penting kita enjoy. Jika berminat boleh juga hubungi dan mengikuti perkembangan mereka di talian dan laman sesawang ni.

                                     


Sunday, November 13, 2016

Kek Mangga Special HomeMade


Kek buat sendiri khas buat mumy..kek mangga



Selamat hari lahir buat mak mertuaku yang ke-55 tahun sebenarnya. Tersilap tulis umur disana kantoi la pula..hehe. Semoga mumy diberikan kesihatan,panjang umur,murah rezeki,bahagia, sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Amin...Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan ku dan menjadi ibu kepada suami ku.


                                                     


Cerita pasal hari jadi mesti ada kek kan. Saya ni memang suka buat kek tapi kek biasa-biasa je la. Ada juga mengikuti kelas-kelas baking ni jika berkesempatan. Tapi bakat terpendam la cuma keluarga dan kawan-kawan terdekat saja yang tahu. Opss..lari tajuk pula nasib baik la mertua suka kek mangga ni sebab dia memang pengemar mangga.

Kami sambut ala kadar saja di rumah nenek kampung Lubak,Beaufort. Perjalanan dari pekan Beaufort kesana mengambil masa 20minit ja. Sangat best makan-makan dan santai dengan suasana desa dan sambil tu dapat la menghibur hati nenek yang sudah tua. Makanan pun sedap juga dimasak oleh chef Angah dan isteri(adik ipar dan biras). Sampai-sampai saja kami tinggal makan, terima kasih kerana berkongsi rezeki yang ada dan semoga dimurahkan rezeki selalu.

Nenek kami panggil mama dan bapa..santai2 diluar..
                                  

Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk kami berkumpul bersama-sama merasai nikmat yang telah dipinjamkan kepada kita semua sehingga ke hari ini.Mungkin suatu hari nanti pasti kita akan teringatkan saat-saat dan memori diketika ini kan. Hargailah apa yang kita ada sekarang, jangan nanti terlambat menyesal tiada guna.

Sempat juga la mengabadikan moment buat tetapan dan simpanan tua kelak. Semuanya dengan izinnya jua. Kita hanya mampu merancang,Allah jua yang menentukan apa yang terbaik untuk diri kita. Enjoy the moment.




                                                       

 #pembuat kek biasa2 aja

Zoo Belon aktiviti anak

Hari ni 11/11/2016 hari Jumaat berkesempatan lagi tulis blog aktiviti anak-anak hari ni. Al kisahnya tidak dirancang,kebetulan si kakak Puteri Aleeya ada aktiviti sekolah menyambut ulangtahun ke-60 SJKC Kung Ming di dewan Pak Musa malam ni dari jam 7pm-9:30pm.



Kebetulan berhampiran dewan ada Zoo Belon yang baru dibuka seminggu yang lalu. Sambil menunggu c kakak habis bawa la anak kembar saya c abg dan adeq bermain disana. Gembiranya diaorang tidak terkata,senyum sampai ke telinga tapi mama la yang penat menunggu dapat tengok diaorang main ja.

Mula-mula masuk tanya harga dulu semestinya. Rupanya ada 3 pakej yang disediakan.

  1. Pakej A - Kalau ada bawa flyers yang telah diedarkan boleh main free 2 belon yang telah disediakan. Ibu bapa masuk Free untuk kasi kawan ja ya.
  2. Pakej B - Bayar Rm5 untuk main  berapa minit ja dan hanya boleh main 4 belon dan ibu bapa free masuk.
  3. Pakej C - Bayar Rm10 boleh main semua mainan sampai puas kecuali belon free yg ada flyers dan belon air. Ibu bapa masuk free untuk teman saja.
Kami pun memilih la pakej C kasi puas hati diaorang main belon. Nasib baik la malam jadi kehangatan tu kurang sikit tapi peluh diaorang tetap mencurah-curah hingga ke ladang gandum.HAHAHA

Jom tengok mainan apa yang ada disana biar kamu pun teruja mau p sana juga. Boleh la kan untuk buang-buang masa dan boring terutamanya yang ada anak-anak kecil tu.

 

   


    

     

Ni la sebahgian gambar yang ada dan sempat diabadikan. Sebelum terlupa Zoo Belon ni bertapak di tapak tamu Beaufort yang beroperasi sehingga 20hb November 2016 bulan ni sahaja. Kurang pasti pula masa beroperasi dari jam berapa sebab masa p sana time hujung minggu hari tamu mingguan Beaufort. So, sempat tanya jam berapa tutup saja jam 10:30pm. Mungkin office hour lain masa beroperasi. Apa-apa pun datang ja la sana kan tanya lagi senang.

Diharap kamu berpuas hati la kan apa yang saya cerita ni. Mudah-mudahan dapat memberi sedikit info tentang Zoo Belon yang bertapak sementara saja untuk memberi keceriaan kepada warga Beaufort. Terima kasih kepada owner la kan. Sebarang kritikan dan komen mengenai entry saya ni sangat dialu-alukan.

Blogger baru bertatih..
Assalammualaikum..tamat






Thursday, November 3, 2016

Sehari Bersama Toyota

Walaupun jadual harian penuh dan padat tetapi sanggup mencuri sedikit masa untuk diluangkan bersama anak-anak di Harapan Menang Beaufort iaitu tempat babah@en.suami bekerja sempena Siri Jelajah Mobile anjuran Toyota Sdn Bhd. Siapa yang tidak tahu di mana Harapan Menang ni senang ja dia dekat CNF hypermarket.








Sambil bawa anak-anak bolehlah cuci-cuci mata sekali tengok-tengok kereta baru keluaran Toyota. Ada juga disediakan pandu uji (test drive) untuk merasa sendiri kelebihan dan kebaikkan kereta keluaran Toyota yang semua orang tahu kalau beli mesti berbaloi. Kereta baru tu namanya Sianta dan Hilux baru.


Dapat isi minyak percuma lagi

 



Apa yang best mereka juga ada menyediakan aktiviti dan tempat yang sangat selesa untuk anak-anak bermain. Mereka menyediakan trak yang ada penghawa dingin dengan mainan lego yang boleh mengasah minda anak-anak supaya lebih kreatif. Gula-gula dan belon pun ada disediakan dan diberikan secara percuma. Semua pun percuma kita hanya bawa diri ja.


                  

Ni makcik kecik pun mau makan gula-gu


Begitulah cerita kami sehari bersama Toyota dan yang bestnya mentua pun ada join sekali bersama-sama cuci-cuci mata. Kebetulan mak mertua datang rumah kami tiada,dia tetefon rupanya kami berkampung disana. Tidak lama selepas tu dia pun join sekaki nasib baik la rumah kami tidak jauh dari tempat tu.




Ni lah mentua saya mumy dan daddy
                                   
Apa-apa pun terima kasih la yang sudi baca coretan bersahaja saya ni. Niat hanya untuk mengasah bakat diri didalam penulisan blog ni. InsyaAllah masa-masa akan datang saya akan bagi lagi info-info yang bermanfaat dan menarik di dalam blog saya ni.

Sebelum berlalu disini ada saya selitkan kad bisnes en.suami (Badrul),manalah taw ada yang tercari-cari dan tertanya-tanya atau berminat dengan kereta Toyota atau apa-apa jenis kereta pun. Bolehlah berurusan dengan dia. Pengalaman dia didalam bidang ni pun memang sudah cukup lama kira-kira 10 tahun la juga dia menyara kami sekeluarga dengan hasil urus niaga kereta ni. Kalau malu bertanya dengan dia (bagi perempuan) boleh juga la kontek saya atau kamuorang komen ja tinggalkan no telifon nanti dikontek semula bagi memudahkan urusan.(mana-mana pun boleh)