Sunday, October 30, 2016

Nasi Ayam RB

Setelah kemarin sehari suntuk meluangkan masa mencari ilmu yang bermanfaat bagaimana cara hendak membuat blog. Hari ni saya ingin kongsikan nasi ayam Rb turun temurun daripada ibu mertua yang memang popular di daerah Beaufort,Sabah. Kebetulan hari ni ada tempahan jadi apa salahnya saya kongsikan di dalam blog.



Sebenarnya nasi ayam Rb ni sudah lama bertapak. Dulu mertua ada restorant Rb tetapi disebabkan faktor kesihatan dan kewajiban menjaga nenek yang sudah tua maka tiada la lagi nasi ayam Rb ni dijual. Tetapi setelah sekian lama diatas permintaan ramai dan semangat saya untuk menjual semula nasi ayam Rb ni maka tercetus idea untuk menjual secara online dan di bazzar-bazzar.

Ramai yang bertanya kenapa nama nasi ayam ni Rb. Asal usul nama Rb tu sebenarnya sempena gabungan nama mentua perempuan dan mentua lelaki iaitu Rusmina dan Bagul. Sweet kan!!!
Tetapi resepi nasi ayam Rb ni saya tidak dapat kongsikan sebab mentua tidak benarkan. Kalau teringin dan terliur tu terpaksa la juga kamu datang cari saya di Beaufort. Adalah juga saya buat hantaran di sekitar Kota Kinabalu dan yang sewaktu dengannya.

Add caption
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya ni. Maaf mungkin banyak kekurangan,maklumlah budak baru belajar. Kalau ada sebarang pertanyaan silalah komen di ruangan komen.


Tulis ikhlas dari hati..

No comments:

Post a Comment