Saturday, October 29, 2016

Santai Sempena Cuti Deepavali


Hari ini sabtu 29 Oktober 2016,dikala orang lain tengah bercuti bersama keluarga masing-masing, saya dengan kawan-kawan yang lain menghabiskan masa seharian untuk belajar di dalam kelas penulisan blog yang diadakan di shaklee branch Kota Kinabalu.


Alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat saya pelajari. Diantaranya bagaimana cara hendak menulis blog dengan mudah.Bagi orang baru yang mahu berjinak-jinak di dalam bidang blogger ni banyak yang masih perlu saya pelajari. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Hadihaizil Din @Eizil diatas perkongsian ilmu.

                                   




TIPS MUDAH MENULIS BLOG 


  • Tetapkan hanya 1 topik
  • Tulis seperti kita ingin berbual dengan rakan kita
  • Usah hiraukan kata kunci
  • Tulis untuk mereka fahami
  • Tulis dengan perkataan yang kita biasa gunakan
  • Tulis dan terus terbit


Inilah diantara tips yang telah diberikan,saya harap bagi sesiapa yang macam saya baru mahu berjinak-jinak dalam bidang ni bolehlah gunakan sebagai panduan. Diharap dapat memberi menfaat kepada semua.




No comments:

Post a Comment