Thursday, November 3, 2016

Sehari Bersama Toyota

Walaupun jadual harian penuh dan padat tetapi sanggup mencuri sedikit masa untuk diluangkan bersama anak-anak di Harapan Menang Beaufort iaitu tempat babah@en.suami bekerja sempena Siri Jelajah Mobile anjuran Toyota Sdn Bhd. Siapa yang tidak tahu di mana Harapan Menang ni senang ja dia dekat CNF hypermarket.








Sambil bawa anak-anak bolehlah cuci-cuci mata sekali tengok-tengok kereta baru keluaran Toyota. Ada juga disediakan pandu uji (test drive) untuk merasa sendiri kelebihan dan kebaikkan kereta keluaran Toyota yang semua orang tahu kalau beli mesti berbaloi. Kereta baru tu namanya Sianta dan Hilux baru.


Dapat isi minyak percuma lagi

 



Apa yang best mereka juga ada menyediakan aktiviti dan tempat yang sangat selesa untuk anak-anak bermain. Mereka menyediakan trak yang ada penghawa dingin dengan mainan lego yang boleh mengasah minda anak-anak supaya lebih kreatif. Gula-gula dan belon pun ada disediakan dan diberikan secara percuma. Semua pun percuma kita hanya bawa diri ja.


                  

Ni makcik kecik pun mau makan gula-gu


Begitulah cerita kami sehari bersama Toyota dan yang bestnya mentua pun ada join sekali bersama-sama cuci-cuci mata. Kebetulan mak mertua datang rumah kami tiada,dia tetefon rupanya kami berkampung disana. Tidak lama selepas tu dia pun join sekaki nasib baik la rumah kami tidak jauh dari tempat tu.




Ni lah mentua saya mumy dan daddy
                                   
Apa-apa pun terima kasih la yang sudi baca coretan bersahaja saya ni. Niat hanya untuk mengasah bakat diri didalam penulisan blog ni. InsyaAllah masa-masa akan datang saya akan bagi lagi info-info yang bermanfaat dan menarik di dalam blog saya ni.

Sebelum berlalu disini ada saya selitkan kad bisnes en.suami (Badrul),manalah taw ada yang tercari-cari dan tertanya-tanya atau berminat dengan kereta Toyota atau apa-apa jenis kereta pun. Bolehlah berurusan dengan dia. Pengalaman dia didalam bidang ni pun memang sudah cukup lama kira-kira 10 tahun la juga dia menyara kami sekeluarga dengan hasil urus niaga kereta ni. Kalau malu bertanya dengan dia (bagi perempuan) boleh juga la kontek saya atau kamuorang komen ja tinggalkan no telifon nanti dikontek semula bagi memudahkan urusan.(mana-mana pun boleh)





No comments:

Post a Comment