Monday, November 21, 2016

Viral Ice Cream House Cafe

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia.

Zaman sekarang ni semua pun viral. Apa-apa pun boleh bah yang penting benda tu boleh menarik minat orang untuk diviralkan. Cuma kadang-kadang apa yang diviralkan tu ada yang positif dan negetifnya. Apa yang penting viral yang saya maksudkan ni ialah viral yang positif la. Viral pasal makanan yang fenomena di daerah kami ni Beaufort,Sabah. Mungkin di tempat lain biasa-biasa saja tapi di tempat kami ni ianya jarang-jarang ada.

                                         

Dipendekkan cerita hari tu perjalanan yang tidak dirancang bawa kawan baik ni makan di Ice Cream House Cafe  ni yang entah ke berapa kalinya kami ke sana,lama juga la sudah tidak pergi sana. Kawan ni belum pernah pergi lagi,ni la kali pertama.


                       


 Apa yang best tentang tempat ni dia dikawasan kampung dan rumah dijadikan tempat makan. Pada awalnya mereka hanya menjual aiskrim buatan sendiri. Disebabkan sambutan yang banyak mereka cuba memberi sedikit kelainan dengan menambah kelapa pada aiskrim tersebut. Apabila permintaan semakin bertambah mereka pun menjual beberapa jenis makanan dan minuman yang lain bagi memenuhi kehendak pelanggan mereka seperti ini.

                              

Senang saja jumpa ni tempat di Kampung Kukut,Beaufort,Sabah. Ikut saja jalan menuju ke Kuala Penyu tu yang kalau mahu naik fery untuk ke labuan tu. Tapi tu jauh sangat, kalau dari pekan Beaufort tidak jauh pun cuma ambil masa 15 minit saja pun. Jangan takut sesat la sebab diaorang ada buat papan tanda untuk ke sana. Boleh la ikut tanda arah yang disediakan tu nanti macam dalam gambar ni.

.                                                   


Ini ialah antara menu yang kami makan hari tu,ada banyak lagi sebenarnya. Yang paling best kita tidak perlulagi jalan jauh-jauh semua pun ada disana. Tidak kira yang tua mahupun yang muda semuanya pasti suka terutamanya anak-anak la. Menu lain tu seperti burger,air green tea ziplock,kek,Abc,Soto,Nasi Ayam,goreng-goreng pun ada dan banyak lagi la. Memang berbaloi la kalau datang sana,harga pun memang berpatutan.

                                    

Selain makan-makan mereka juga ada menyediakan satu permainan untuk pengunjung dan boleh main secara percuma. Ini salah satu pembaharuan yang mereka lakukan sebab dulu memang tiada pun mainan ni iaitu dart. Difahamkan pengunjung lebih ramai diwaktu malam jadi sambil makan boleh la lepak-lepak main dart terutamanya pemuda dan belia-belia di kampung tu. Pelancong pun ramai yang berkunjung kesana untuk merasa aiskim kelapa.


Demikian la cerita kami jalan-jalan cari makan di Ice Cream Cafe kampung Kukut,Beaufort,Sabah. Silalah berkunjung kesana sama ada dekat atau jauh dan dari mana sahaja. Apa yang penting kita enjoy. Jika berminat boleh juga hubungi dan mengikuti perkembangan mereka di talian dan laman sesawang ni.

                                     


No comments:

Post a Comment