Sunday, November 13, 2016

Zoo Belon aktiviti anak

Hari ni 11/11/2016 hari Jumaat berkesempatan lagi tulis blog aktiviti anak-anak hari ni. Al kisahnya tidak dirancang,kebetulan si kakak Puteri Aleeya ada aktiviti sekolah menyambut ulangtahun ke-60 SJKC Kung Ming di dewan Pak Musa malam ni dari jam 7pm-9:30pm.



Kebetulan berhampiran dewan ada Zoo Belon yang baru dibuka seminggu yang lalu. Sambil menunggu c kakak habis bawa la anak kembar saya c abg dan adeq bermain disana. Gembiranya diaorang tidak terkata,senyum sampai ke telinga tapi mama la yang penat menunggu dapat tengok diaorang main ja.

Mula-mula masuk tanya harga dulu semestinya. Rupanya ada 3 pakej yang disediakan.

  1. Pakej A - Kalau ada bawa flyers yang telah diedarkan boleh main free 2 belon yang telah disediakan. Ibu bapa masuk Free untuk kasi kawan ja ya.
  2. Pakej B - Bayar Rm5 untuk main  berapa minit ja dan hanya boleh main 4 belon dan ibu bapa free masuk.
  3. Pakej C - Bayar Rm10 boleh main semua mainan sampai puas kecuali belon free yg ada flyers dan belon air. Ibu bapa masuk free untuk teman saja.
Kami pun memilih la pakej C kasi puas hati diaorang main belon. Nasib baik la malam jadi kehangatan tu kurang sikit tapi peluh diaorang tetap mencurah-curah hingga ke ladang gandum.HAHAHA

Jom tengok mainan apa yang ada disana biar kamu pun teruja mau p sana juga. Boleh la kan untuk buang-buang masa dan boring terutamanya yang ada anak-anak kecil tu.

 

   


    

     

Ni la sebahgian gambar yang ada dan sempat diabadikan. Sebelum terlupa Zoo Belon ni bertapak di tapak tamu Beaufort yang beroperasi sehingga 20hb November 2016 bulan ni sahaja. Kurang pasti pula masa beroperasi dari jam berapa sebab masa p sana time hujung minggu hari tamu mingguan Beaufort. So, sempat tanya jam berapa tutup saja jam 10:30pm. Mungkin office hour lain masa beroperasi. Apa-apa pun datang ja la sana kan tanya lagi senang.

Diharap kamu berpuas hati la kan apa yang saya cerita ni. Mudah-mudahan dapat memberi sedikit info tentang Zoo Belon yang bertapak sementara saja untuk memberi keceriaan kepada warga Beaufort. Terima kasih kepada owner la kan. Sebarang kritikan dan komen mengenai entry saya ni sangat dialu-alukan.

Blogger baru bertatih..
Assalammualaikum..tamat






2 comments: