Saturday, March 25, 2017

Tempat Menarik untuk dilawati di Lok Kawi Wildlife Park Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sempena cuti sekolah kali ni,kami sekeluarga berpakat dan bercadang untuk pergi melawat taman haiwan di Zoo Lok Kawi bersama-sama dengan keluarga besar sebelah suami. Lebih ramai adalah lebih meriah dengan gelagat anak masing-masing. Disamping boleh mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin, maklumlah masing-masing punya keluarga dan kometmen masing-masing walaupun ada yang tinggal berdekatan.


Lok Kawi Wildlife Park ni terletak di Sabah dan dikawasan kinarut jalan lama orang sini cakap. Kalau mahu tahu lebih detail boleh tengok map ni atau google la.


Masing-masing bersemangat bangun awal pagi terutamanaya anak-anak sebab tidak mahu terlepas pertunjukkan yang telah disediakan di Zoo tu nanti. Pertunjukkan haiwan tu akan bermula pada jam 11 pagi dan kami mesti bertolak awal dalam jam 8 pagi dari pekan Beaufort kerana maklumlah cuti sekolah kemungkinan ramai pengunjung dan kami tidak mahu terlepas pertunjukkan selain meredah jalan yang sesak.

Ternyata bukan kami sahaja yang tiba awal disana. Sudah diagak ramai pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara. Syukurlah kami tiba tepat pada waktunya. Sempat la mengabadikan kenangan semasa pertunjukkan haiwan tu. Memang best dan ini antara gambar yang terpilih dan sempat diabadikan tu.




Bukan sahaja haiwan yang ada disana tetapi juga flora dan fauna ada disediakan buat tatapan pengunjung kesana. Memang berbaloi dan puas hati bila berkunjung kesana.

Harga tiket pun memang berpatutan. Disini ada saya sediakan gambar buat rujukkan semua.


Mungkin kurang jelas digambar, saya akan tulis semula untuk memudahkan semua.

Warganegara              - Kanak2 (Rm5)
                                     - Dewasa (Rm10)
Bukan Malaysian       - Kanak2 (Rm10)
                                     - Dewasa (Rm20)
Orang kurang upaya - Free

Jika tidak sempat bersarapan dan tidak membawa bekal makanan kesana jangan risau sebab disana ada gerai makanan yang menjual makanan basah dan kering. Oleh kerana kami membawa ramai rakyat adalah lebih selamat membawa bekal makanan sendiri,jimat sikit. Hehe

Kalau kamu bercadang kesana mambawa anak kecil saya sarankan bawa la kerusi roda baby tu sebab jarak perjalanan keseluruhan zoo tu memakan masa yang berjam-jam la juga bergantung kepada stamina masing-masing. Sediakan juga payung sebab cuaca sekarang tidak menentu sekejap panas sekejap hujan. Dengan adanya kelengkapan ni bolehlah menikmati pemandangan dan suasana didalam dengan tenang dan selesa. Topi juga perlu bagi anak-anak untuk mengelak dari panas.


Terdapat 2 cara  kalau mahu meronda didalam zoo ni.

  • Pertama- Jalan kaki(free)
  • Kedua- Naik kereta ronda yang disediakan(bayar) 

Ada lagi satu hal yang paling penting dan sensetif sekali dan wajib ada iaitu tandas. Jangan risau sebab memang ada disediakan diluar dan didalam. Maklumlah kalau bawa anak ni mesti macam-macam ragam ada kan. Nasib la haiwan-haiwan disana tidak pandai pakai tu tandas,kalau tidak mesti terkejut beruk jawabnya. Hahaha

Sekiranya kita sudah masuk tapi mahu keluar sekejap pergi makan atau ada hal perlu diurus pun boleh juga selepas selesai urusan boleh lah sambung balik aktiviti meronda tu. Tiket tu pun memang dibayar untuk 1hari kita disana katanya.

Jika berkesempatan disebelah petang akan ada seisi memberi makan kepada haiwan dan bolehlah melihat cara mereka diberi makan dan semestinya pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Akhir sekali ingin saya memberi sedikit nasihat dan pesanan la kan. Kalau kamu ada bawa barang-barang masuk ke dalam contoh payung tolong jaga dan ingat sebab kalau tertinggal didalam tu susah dapat balik. Bukan sebab hilang atau tidak boleh masuk balik tapi sebab malas sudah masuk balik cari tu payung,penat tu jauh berjalan.  Ni berdasarkan pengalaman sendiri juga, sudah seronok-seronok kan lupa segala-galanya.

Disini saya sajikan gambar-gambar menarik yang ada disana dan binatang apa yang ada dan sempat dicapture. Kecuali flora dan fauna tu tidak sempat masuk sebab anak-anak sudah kepenatan. Next time la jawapnya.







Maaf la jika info disini tidak lengkap boleh terus google ke Lok Kawi Wildlife Park. Tujuan saya menulis ni adalah untuk memberitahu tempat-tempat yang menarik boleh dikunjungi terutamanya musim cuti sekolah ni.

Selamat bercuti semua..



No comments:

Post a Comment